Sunday, November 1, 2009

Matawang Perdagangan -Emas



Matawang perak yang paling awal berasal dari Sepanyol dan negeri jajahannya di namakan " REALLE" . Pada tahun 1511 orang Portugis telah menguasai bandar Melaka yang digunakan sebagai tapak perdagangan baru mereka dan membentuk satu jalur perhubungan Macau-melaka-Goa-Gomrun-Timur Tengah - vince . Sejak itu Portugis telah memansuhkan penggunakan matawang tempatan dan sambil memperkenalkan matawang baru mereka.

Sejak tahun 1523 orang Sepanyol pula telah memsuki asia tenggara dan menguasai manila. Di kepulauan nusantara dan Malaya pada masa itu pengunaan matawang perdagangan terutamanya wang emas telah lama wujud . Kupang emas dari makassar , Kupang emas dari pattani. Satu derham dari Pasai , Satu Kupang dari Kedah , satu mas dari Terengganu ( Sultan Zainal Abidin II)dan satu mas dari Johor(Sultan Abdul Jalil II)

Friday, October 2, 2009

Matawang Emas Pra Islam

Sejak abad ke 8 Masihi penduduk asia tenggara telah membentuk beberapa kerajaan yang besar seperti SERIVIJAYA di Sumatera dan SALINDRA di Jawa. kerajaan ini secara rasmi menggunakan EMAS dan PERAK sebagai alat pertukaran dan matawang.

Matawang emas terdiri daripada unut-unit yang dinamakan SATU MAS ( kandungan emas : 20 saga = 2.4 gram)dan SATU KUPANG (Kandungan emas : 5 saga = 0.60 gram). Ini bererti tukaran nya ialah 1 MAS = 4 KUPANG. Oleh kerana matawang ini digunakan dan dinilai mengikut berat/kandungan emasnya maka ia boleh diterima oleh serata pelusuk nusantara.Oleh itu matawang EMAS ini layak digolongkan sebagai " MATAWANG PERDAGANGAN".

Oktober mula bloging pasal duit lama dan setem malaya

Salam ..

hari nie aku start posting kat blog setem dan duit nie . Aku akan posting pasal duit lama dulu untuk First stage nie. Aku dah ada maklumat pasal sejarah duit lama nie yang aku dapatkan baru-baru ini.

Bahagian 1 : Cerita pasal makna dan asal usul

bahagian ini akan meceritakan kefahaman tenang matawang perdagangan dan mencerikan asal usul istilah matawang " Ringgit" yang digunakan diseluruh nusantara dari awal hingga pada masa sekarang di Malaysia.


bahagian 2 : Ringgit dan pecahannya. ..yg nie nanti aku kasik sinopsisnya

Monday, September 7, 2009

Bid & Sell Akan Datang!!

Salam ..

Sudah lama aku nak buat blog pasal jual & beli setem nie , tapi asyik sibuk memanjang. so, sekarang blog pun dah siap dan boleh la .. aku start jual setem -setem kat blog nie .

Apa yang aku akan jual setem kat sini , kebanyakkan nya berkisar setem malaya , north borneo , malaya dan malaysia . Tak kisah lama ker baru ker , boleh jer ..


Oklah .. sikit jer aku tulis buat permulaan nie .. sampai jumpa lagi

Bid Setem Malaya/North borneo di Ebay




Salam kepada pengunjung blog ini

Apa yang aku akan share di sini ialah rentetan daripada masa-masa aku dalam perniagaan online terutama di ebay. Aku pernah bermula dari “kosong” dimana aku cuba menjual dan hampir 1/2 tahun aku tidak dapat menjual apa-apa . Tanpa apa-apa pengalaman dan maklumat aku belajar dari kesilapan, dalam menjual dan membeli di ebay.

Sedikit demi sedikit aku belajar dan pada hari nie aku dapat membina cara aku sendiri dalam “hidup” dalam ebay. Semalam aku ada bid dalam ebay . skg aku lebih menumpukan beli dan jual setem malaya dan yang bernilai . Bid aku semalam more on setem dari sabah @ sarawak atau dulu dikenali sebagai borneo . Aku juga tak sangka aku leh”Menang” bid utk 3 jenis setem 50 sen dan 1 dollar.

nie aku postkan photo setem aku tu utk tatapan korang. Setem nie aku bid harga agak tinggi . Semua nya boleh tahan harganya.


So apa pendapat korang tentang bisnes di ebay nie terutamanya pasal setem dan duit lama ? apa kata pendapat yang BERNAS berpeluang memenangi satu setem dalam koleksi aku . Walaupun dia tak mahal tapi a satu setem tahun 1950 dan MNH , maksudnya tidak dicop dan ia masih “fresh” . Lihat seperti scan photo di bawah .

so , apa lagi , meh le kita komen ramai -ramai , Pertandingan akan start 1hb Ogos 2008 tutup ialah pada 7hb Ogos 2008. Pemenang akan dihubungi melalui email .

so apa lagi join le komen .

ikhlas dari

Kumpul setem hobi lumayan

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

BAGI kebanyakan orang, setem hanyalah kepingan kertas kecil yang ditampal di bahagian atas sampul surat. Tetapi tahukah anda, bentuk dan tebukan pada setem mewakili zaman serta perkembangan sejarah sesuatu negara?
Kajian mengenai bentuk, jenis, warna, tebukan dan penghantaran pos ini dipanggil filateli. Setiap setem yang dihasilkan mempunyai cerita dan sejarah berkait rapat dengan pemerintahan dan teknologi pada satu-satu masa.

Perkataan filateli dikatakan dicipta oleh Georges Herpin di Perancis pada 1864. Ia berasal daripada dua perkataan Greek iaitu philos bermaksud mencintai dan llateleiall bermakna percuma.

Pada awalnya, ia meliputi kajian label yang mewakili pembayaran perkhidmatan pos. Dari situ, ia berkembang kepada kajian koleksi sistematik setem, poskad, sampul surat dan bahan pos lain.

Maka, tidak hairanlah ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit hanya untuk memiliki koleksi setem sebelum merdeka. Ada juga yang sanggup merentasi benua untuk menyaksikan sendiri pameran setem di sesebuah negara.

Tiada siapa yang mengetahui sejak bila filateli menjadi hobi. Bagaimanapun, ada yang menyatakan kegiatan mengumpul setem mula mendapat perhatian apabila album setem pertama dikeluarkan di England pada 1852.

Semakin ramai orang mula mengikuti aliran untuk mengumpul setem, menyumbang kepada perkembangan filateli. Hobi ini tidak terhad kepada rakyat biasa dan mula berkembang di kalangan atasan termasuk golongan istana.

Antara koleksi setem terbesar dan tertua dunia dikatakan dimiliki oleh Ratu England.

Peminat filateli tegar di Malaysia, memiliki persatuan sendiri iaitu Persatuan Filateli di Malaysia. Ia menjalin kerjasama rapat dengan Biro Filateli Malaysia dikendalikan oleh Pos Malaysia.

Antara objektif penubuhannya adalah menukar persepsi masyarakat mengumpul setem bukanlah hanya hobi tetapi, aktiviti yang boleh membawa pulangan lumayan.

Biro ini memainkan peranan aktif dalam menyemai minat mengumpul setem di kalangan pelajar sekolah. Selain itu, ia mewujudkan Galeri Setem di ibu pejabat Pos Malaysia di bangunan Dayabumi, Kuala Lumpur.

Pengunjung ke galeri ini berpeluang melihat koleksi setem yang pernah dihasilkan di Malaysia. Antaranya, setem khas sempena penganjuran acara antarabangsa, peristiwa bersejarah dan setem kenang-kenangan edisi terhad.

Kaki tangan terlatih sedia melayan sebarang pertanyaan mengenai setem yang dipamerkan di sini. Sejak dibuka, ia turut menarik kunjungan peminat setem yang datang dari seluruh pelusuk dunia.

Setiap tahun, biro ini memperkenalkan lebih 10 tema koleksi setem dan bahan filateli untuk memenuhi permintaan peminat setem di negara ini.

Untuk kemudahan pengunjung, kaunter khas dibuka untuk mereka yang ingin membeli setem, sampul surat hari pertama, fail, buku setem, album tahunan dan album khas.

INFO

Galeri Setem

Tingkat 3, Ibu Pejabat Pos Malaysia

Kompleks Dayabumi

50670 Kuala Lumpur

Malaysia

Tel: 03-22756567

Faks : 03-26942139

E-mail :filateli@pos.com.my

Filem Setem 2009



Setem, secara umumnya sebuah filem komedi gelap yang laju, bergerak dan turut membawa penonton bersama mengikuti ceritanya. Gerakan "cat and mouse" adalah pencarian "setem" oleh beberapa kumpulan watak. Filemnya senang ditonton, sesuai buat seisi keluarga Malaysia. Filem ini sepatutnya pecah panggung kerana mempunyai pelbagai inti dan rencah hiburan, komedi, aksi dan paling penting, cerita yang memikat. Setem sebuah filem bertih jagung Malaysia untuk semua.

Baik, aku sudah membuat tanggungjawab aku untuk Tayangan Unggul sebagai jasa baik mereka menjemput aku (terima kasih Ira Fazir dan Ajami Hashim). Kali ini untuk ulasan yang sebenar (berserta spoiler):

Sebelum menonton filem ini, aku duduk berserta kawan-kawan di sebuah restoran Vietnam sebelum aku meninggalkan mereka dengan Night at The Museum 2 sedang aku ke pratonton filem ini. Sewaktu makan, mereka bertanya akan isi filem ini. Dengan tuli, aku membaca sinopsis teks yang diberikan kepada media. Kawan-kawan aku ketawa dan seronok. Mereka merasakan filem ini pencampuran genre The Red Violin bertemu National Treasure dengan sedikit The Italian Job. Chew Kin Wah, dengan lakonannya yang sangat mantap sebagai Tuan Lim dalam filem ini memberi pendapat yang paling tepat sewaktu sidang temuramah, bahawa filem ini filem "caper" yang kedua atau ketiga selepas Baik Punya Cilok dan Los n Faun.

Pada beberapa hari sebelum itu pula, aku ditemuramah oleh seorang pelajar yang mengkaji filem, inginkan penjelasan dan pandangan aku tentang filem komedi Malaysia (dengan sedikit generalisasi terhadap genre komedi jamban Prof. Razak Mohaideen). Aku terus-terang kepadanya bahawa kepakaran aku lebih kepada filem seram tetapi aku juga memberi pendapat tentang faktor-faktor membuatkan sesebuah filem komedi itu "mengancam": isi yang lain daripada lain dan mencuitkan, cerita yang mengancam (termasuk teknik), lakonan pelawak, pemilihan pelawak, suntingan kepada antisipasi "lawak" atau situasi yang menyebabkan "lawak" dan paling penting, dialog yang sekali gus mencuitkan serta boleh diingati sebagai "defining moment".

Ambil contoh Some Like It Hot(1959) sebagai sebuah filem yang maish relevan dan termasuk senarai filem komedi terbaik sepanjang zaman dalam mana-mana pengkritik filem:

Isi: pengkaburan masyarakat tentang seksualiti dalam sebuah filem yang memparodikan genre filem jantan (gangster).
Cerita: berhala konflik-klimaks-resolusi di mana setiap tiga pergerakan plot itu mempunyai satu "tolakan" yang mencuitkan.
Lakonan: Tidak perlu disangsikan dengan kehebatan dan ketetapan aksi Jack Lemmon, Tony Curtis dan (juga!) Marilyn Monroe.
Pemilihan Pelakon: Tepat dalam kesemuanya termasuk anting-anting yang dipakai oleh Curtis.
Suntingan: Cth: Curtis dan Lemmon yang mula memakai pakaian wanita masuk ke dalam gerabak "pemuzik wanita". Mereka cuba tidur. Kita tidak diperlihatkan tetapi kita dengar suara-suara nyaring dan suka para wanita itu "menukar pakaian". Kita hanya disaksikan antisipasi Curtis dan Lemmon "menahan sabar".
Dialog:
-"Oh you don't understand Osgood, I'm a man!"
+"Well, nobody's perfect"

Dengan faktor-faktor ini, aku mengaplikasikannya buat Setem. Setem jauh daripada menjadi sebuah filem komedi yang tidak berjaya seperti 1941(1979) tetapi tidaklah mencapai tahap komedi masterpiece seperti Pendekar Bujang Lapok(1959). Setem ditengah-tengah. Ini adalah kerana "hit and misses" yang berlaku dalam pelaksanaan realisasi skrip ke skrin oleh Kabir. Setem ialah skrip pertama Kabir secara perseorangan yang selama ini berkolaborasi dengan isterinya, Mira Mustafa.

Pilihan pelakon nampaknya mantap, terutamanya Que Haidar, Bront Palarae, Vanidah Imran, Sathia, Datuk Aziz Sattar, Harun Salim Bachik, Richard Gardner, Isma Yusoof, Diana Danielle dan Sofi Jikan. Nama-nama pelakon di atas membawa lakonan mereka dengan penuh ketetapan dan kemahuan yang diperlukan. Aku paling menggemari Chew Kin Wah yang boleh berbahasa Melayu peranakan sekali gus Cina dan Tamil. Kin Wah tahu ke mana dia mahu pergi dengan wataknya, tahu pembahagian masa untuk penonton "mendengar" dialognya diucap serta masa tepat beraksi. Sebagai Tuan Lim, Kin Wah menyeronokkan sekali gus menakutkan. Malah, kita ingat dengan Kin Wah kerana perilakunya serta dialognya. Kita tidak boleh lupa dengan piranhanya, pemilihan "model"nya serta "Aku sayang kapal terbang aku, buat cara lain." Genius.

Aku tidak berapa setuju dengan "buddy" Afdlin Shauki serta Rashidi Ishak. Sebatian kimianya tidak sekuat Afdlin dengan Hans Isaac. Rashidi terlalu "kool" sebagai Sid sedang Afdlin terlalu "chaotic" sebagai Joe. Mereka tampak tidak serasi dan tidak saling memerlukan antara satu sama lain, walaupun dimaklumkan bahawa mereka "sehati sejiwa". Tetapi penipuan dan suave Rashidi menjadi sebagai seorang individu. Hanya Afdlin terlalu memainkan lawak mimik yang kadang-kala terlalu. Adik-beradik Vanidah dan Que lebih tampak keintimannya.

Aku cuba menyukai Indi Nadarajah oleh sebab homaj yang beliau lakukan terhadap Kamal Hassan. "Definitive moment" beliau sepatutnya sewaktu beliau menjawab si pegawai penjara: "Saya masuk lokap lagi sekali kerana membunuh awak." Aku cuba menyukainya, tetapi entah kenapa silapnya, suntingan, masa, atau tangkapan, dialog dan babak terbuang begitu sahaja. Ini ditambah dengan keadaan Indi yang banyak menampakkan "coolness", beliau seakan membaca skrip. Aku maafkan beliau kerana beliau daripada mazhab teater Inggeris dan ini filem pertama beliau. Malah perwatakan serta perkembangan watak yang ditulis oleh Kabir amat baik tentang beliau sebagai Mani. Mengejutkan, Sathia banyak menolong beliau, seorang Richard Pryor Malaysia (kerana wajahnya, bukan perwatakannya) yang berlakon sebagai adik Mani, Vellu. Vellu digambarkan lurus bendul tetapi mahu melakukan sesuatu untuk kesenangan abangnya serta sangat "smart talk" ala ketamilannya. Ia sangat menjadi, lagi-lagi berkenaan ikan Tuan Lim.

Secara keseluruhan, Kabir amat-amat pandai menjalinkan cerita. Dari pembukaan tiga kumpulan cerita (Indonesia, Tamil dan Melayu), masalah mereka dan kemudian kesusahan-kesusahan yang mereka perlu lalui amat mencuitkan. 40 minit akhir filem ini, bermula dengan kehadiran setem dalam hidup Que dan Vanida merupakan momen yang paling mengujakan, titik komedi dan ngeri bergerak dengan jitu. Aku seakan menonton sebuah Get Shorty(1995) ala Malaysia di mana komplikasi ditambah dengan komplikasi tetapi diakhirkan dengan ikatan yang amat cantik, termasuk resolusi "setem sebenar" apabila Rashidi dan Afdlin ketemu Diana Danielle (yang sangat cantik, aku dah jatuh cinta kepadanya) di Melaka. Kabir sememangnya seorang Adi Penyulam Cerita. Kabir tahu momen mana mahu disampaikan kejutan dan momen mana yang mahu disampaikan konflik. Dengan Setem, Kabir menunjukkan kepada pengkritik bahawa beliau boleh menghasilkan sebuah filem yang menyeluruh dan tidak "terpecah-pecah" seperti Cinta dan Sepi, malah ideal "ensemble cast" ala Hotel(1967) beliau tidak merugikan. Kabir sememangnya boleh menulis novel. Dengan filem ini, Kabir masih mempercayai falsafah "nasib persalingkaitan" di mana semuanya mempunyai sebab musabab dan qada' qadar untuk bertemu dan membuat tindakan, kebiasaan dalam mana-mana cerita yang luas lanskapnya (dan banyak dicuba oleh pengarah filem sekarang seluruh dunia khususnya Allejandro Innaritu) dan paling ekstrem latar lanskapnya dibuat dalam Babel(2006). Yang memuaskan, kepelbagian ini dijaga baik oleh Kabir malah setiap watak mempunyai fungsi serta psikologinya yang tersendiri untuk disampaikan, malah ia amat sesuai dengan ke"laksa"an Malaysia yang pernah dicuba oleh Othman Hafsham dalam Mekanik(1983) dan diikuti oleh Aziz M. Osman, Yasmin Ahmad serta Mamat Khalid. Hanya Kabir memerlukan dialog yang lebih kuat, atau improvisi lakonan yang lebih mengancam untuk mengangkat visinya. Kita boleh lihat contohnya dalam dialog-dialog lawak Kabir yang tidak berapa menyengat (memerlukan masa, situasi dan aksi yang betul) antara Sid dan Joe. Bandingkan dialog humanis tetapi mencuitkan antara Vanida dan Que, yang sememangnya Kabir amat pakar dalam hal ini. Tetapi hal ini ditolong dengan ketelitian Kabir memberi makna pada semua sebab-akibat babak-babaknya.

Aku tidak berapa suka dengan kareografi aksi dalam filem ini, ia sedikit lemah sebagai sebuah filem yang banyak memasukkan aksi. Buster Keaton memahami bahawa kekuatan filem komedi beraksi bergerak dengan ketelitian shot dan penjagaan masa. Filem ini mempunyai banyak potensi itu tetapi tidak dipenuhi dengan sebetulnya, oleh sebab filem ini tidak tahu jika ia sepatutnya menghala lebih terhadap gaya melebihi isi (style over substance) atau isi melebihi gaya.

Tangkapannya juga membosankan, tidak seperti filem-filem Kabir yang sebelum yang menampakkan penjagaan babak yang teliti dan bersunting cantik. Adakah kerana kekurangan bajet? Lihat sahaja pembukaan awal filem bila Charles Barring berucap di hadapan orang ramai dengan tangkapan atas dengan luas yang amat statik tanpa rajin mengambil isi dan wajah hadirin atau pelayan. Kita bandingkan dengan kelajuan dan kehebatan babak komik "sejarah setem Barring" yang laju, jitu dan mengujakan. Antisipasi kita sedikit "dibunuh" dengan babak statik dan permulaan watak-watak dengan tangkapan statik ini. Nasib baik, enjin plot dimulakan dengan baik dengan kemunculan Pak Aziz Sattar dan seterusnya Sathia. Kita mahu meneruskan "kesudahannya" dan tidak terasa 110 minit berlalu.

Runut bunyi filem membosankan, masih mengambil ideal Aziz M. Osman (tanpa Blues) untuk menguatkan ekspresi dan tujuan lawak. Lagunya tiada hala taju selain dengungan yang merunsingkan. Kabir memerlukan okestra untuk ini, kalau tidak pun, kepakaran Guy Ritchie atau Martin Scorsese memilih lagu-lagu rock/pop sebagai runut bunyi.

Setem masih memuaskan dalam segala kepincangannya. Sebetulnya, ia mempunyai jiwa, malah "kisah setem" itu sendiri mahu kita ikuti sehingga akhir. Ianya memang sebuah filem yang ada unsur kecintaan negara yang kuat, disulam cantik dalam ideal "setem" dan tidak diambil terlalu mengada-ada oleh Kabir (disampaikan dengan baik dalam babak Que sahaja yang menepuk tangan di meja makan), bergerak lancar dan bersahaja dalam menyampaikan maksud kepentingan orang Malaysia mengetahui tentang sejarah silamnya. Sememangnya Setem sebuah filem kemerdekaan kita yang mencuitkan dan memberi aspirasi "Malaysia Boleh" tanpa niat yang terlalu (no pun intended).